Assalamualaikum dan salam sejahtera. Welcome to Noor Khairin's official blog :) Do come do follow :) Please leave a comment :)Thank you ♥

Wednesday, 23 November 2011

Magnet Menarik Sesetengah Bahan

     

 
*    Apabila kutub yang sama didekatkan, magnet akan saling menolak.

*    Sesetengah bahan tertarik kepada magnet dan sesetengah bahan tidak tertarik kepada magnet.

*    Bahan-bahan yang dibuat daripada besi dan keluli tertarik kepada magnet.

*    Inilah beberapa contoh objek yang tertarik kepada magnet:

*    Bahan –bahan yang dibuat daripada plastik, kayu, kaca, getah dan emas adalah tidak tertarik kepada magnet.
*    Inilah objek yang tidak tertarik kepada magnet:



 
Kekuatan Magnet
*    Magnet yang berbeza ada kekuatan yang berbeza
*    Magnet yang lebih kuat dapat menarik objek yang lebih banyak daripada magnet yang lemah.
*    Kekuatan sesuatu magnet bergantung pada bilangan objek yang dapat ditariknya.
Kegunaan Magnet
*    Sesetengah objek ada magnet didalamnya.
*    Kita dapat menemui magnet pada peti sejuk, kotak pensel dan alat permainan.
Contoh:-
a. Magnet digunakan untuk menutup peti sejuk
b. Magnet terdapat pada sesetengah kotak pensel. Magnet digunakan untuk menutup
    kotak pensel.
c. Sesetengah papan catur menggunakan magnet. Magnet di bawah papan catur      
    membantu melekatkan buah catur itu pada papan catur

 
UJI MINDA????
Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai.

menolak    keluli      kekuatan      lebih kuat   kutub

1.     Magnet ada dua______________________ .
2.     Kutub magnet yang sama ________________________antara satu  sama lain.
3.     Magnet akan hilang_______________________________nya jika dijatuhkan atau diketuk.
4.     Semua objek yang dibuat daripada_____________________tertarik kepada magnet.

5. Magnet yang_________________dapat menarik objek yang lebih banyak
    berbanding dengan magnet yang lemah.

Connected Tots - Magnetic Train

Thursday, 3 November 2011

Magnet

Apakah yang kamu tahu tentang magnet?

Magnet ialah kepingan besi atau keluli yang dapat menarik  sesetengah bahan. Magnet terdapat pada sesetengah alat yang kita gunakan dalam kehidupan harian.

*Magnet saling  menarik dan menolak.
* Magnet dapat menarik sesetengah bahan.
*Magnet ada kekuatan yang berbeza.

*Magnet digunakan dalam pelbagai keadaan.

Magnet Dapat Menarik atau Menolak

* Terdapat pelbagai bentuk dan saiz magnet.
* Ini ialah contoh bentuk-bentuk magnet yang biasa.

*Hujung sesuatu magnet disebut kutub.
*Setiap magnet ada dua kutub. Satu hujung ialah Kutub Utara dan 
  hujung yang lain Kutub Selatan.
 <-- bar magnet


*Magnet dapat menarik atau menolak antara satu sama lain. 
*Apabila kutub magnet yang berbeza didekatkan, magnet akan 
  saling menarik.
*Apabila kutub yang sama didekatkan, magnet akan saling 
  menolak.




Magnet Menarik Sesetengah Bahan.

*Apabila kutub yang sama didekatkan, magnet akan saling
  menolak.