Apabila kutub yang sama didekatkan, magnet akan saling menolak.
Sesetengah bahan tertarik kepada magnet dan sesetengah bahan tidak tertarik kepada magnet.
Bahan-bahan yang dibuat daripada besi dan keluli tertarik kepada magnet.
Inilah beberapa contoh objek yang tertarik kepada magnet:
Bahan –bahan yang dibuat daripada plastik, kayu, kaca, getah dan emas adalah tidak tertarik kepada magnet.
Inilah objek yang tidak tertarik kepada magnet:
Kekuatan Magnet
Magnet yang berbeza ada kekuatan yang berbeza
Magnet yang lebih kuat dapat menarik objek yang lebih banyak daripada magnet yang lemah.
Kekuatan sesuatu magnet bergantung pada bilangan objek yang dapat ditariknya.
Kegunaan Magnet
Sesetengah objek ada magnet didalamnya.
Kita dapat menemui magnet pada peti sejuk, kotak pensel dan alat permainan.
Contoh:-
a. Magnet digunakan untuk menutup peti sejuk
b. Magnet terdapat pada sesetengah kotak pensel. Magnet digunakan untuk menutup
kotak pensel.
c. Sesetengah papan catur menggunakan magnet. Magnet di bawah papan catur
membantu melekatkan buah catur itu pada papan catur
UJI MINDA????
menolak keluli kekuatan lebih kuat kutub
1. Magnet ada dua______________________ .
2. Kutub magnet yang sama ________________________antara satu sama lain.
3. Magnet akan hilang_______________________________nya jika dijatuhkan atau diketuk.
4. Semua objek yang dibuat daripada_____________________tertarik kepada magnet.
5. Magnet yang_________________dapat menarik objek yang lebih banyak
berbanding dengan magnet yang lemah.
5. Magnet yang_________________dapat menarik objek yang lebih banyak
berbanding dengan magnet yang lemah.